MAJLIS PERASMIAN RASMI PROTON EMAS ANGGUN RAWANG | Pantai Bharu

News & Articles

MAJLIS PERASMIAN RASMI PROTON EMAS ANGGUN RAWANG

February 17, 2025

SIARAN AKHBAR SEMPENA MAJLIS PELANCARAN BILIK PAMERAN DAN PUSAT SERVIS PROTON e.MAS PANTAI BHARU AUTOHAUS ANGGUN RAWANG PADA 17 FEBRUARI 2025

Kumpulan Syarikat Pantai Bharu, sebuah syarikat milik Bumiputera yang diasaskan oleh Y.Bhg. Dato’ Hj Shamshudin Nor pada 25 September 1978, terus memperkukuh kehadirannya dalam industri automotif dengan pembukaan Bilik Pameran dan Pusat Servis Proton e.Mas Pantai Bharu Autohaus Anggun Rawang. Berbekalkan pengalaman luas dalam pelbagai sektor termasuk automotif, servis, insurans, pembangunan hartanah, dan pelancongan, langkah ini mencerminkan komitmen syarikat dalam menawarkan perkhidmatan automotif bertaraf tinggi kepada pelanggan.

Selain cawangan di Jalan Kapar, Klang, Rawang kini menjadi cawangan kedua dan juga cawangan pertama yang menawarkan Proton e.MAS 7 di bawah Kumpulan Pantai Bharu Autohaus. Sebagai syarikat yang menyokong masa depan mobiliti hijau, Pantai Bharu Autohaus amat berbangga menjadi rakan strategik PRO-NET dalam menyediakan akses lebih luas kepada teknologi EV di Malaysia.

Pusat ini bukan sekadar ruang pameran, tetapi juga menjadi destinasi utama bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, merasai pengalaman pemanduan EV, serta menikmati perkhidmatan jualan dan selepas jualan yang komprehensif untuk Proton e.MAS 7 di Pantai Bharu Autohaus Anggun Rawang.

PRO-NET, yang bertanggungjawab dalam pembangunan dan pengedaran kenderaan tenaga baharu bagi jenama Proton, telah melancarkan Proton e.MAS 7 pada 16 Disember 2024, dengan majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Dalam masa yang sama, pelanggan juga boleh mendapatkan model-model lain di bawah jenama Proton, yang telah bertapak dalam industri automotif Malaysia sejak 1983. PRO-NET membawa dimensi baharu dalam landskap automotif dengan teknologi elektrik yang lebih maju, selari dengan perkembangan industri global.

Bilik pameran ini direka dengan konsep moden dan interaktif, menawarkan pengalaman digital yang lebih imersif kepada pelanggan. Dengan kemudahan teknologi terkini dan suasana mesra pelanggan, Pantai Bharu Autohaus berhasrat menjadi hab utama bagi mereka yang ingin beralih kepada kenderaan elektrik dan menyokong masa depan mobiliti lestari.

Kami mengalu-alukan semua pelanggan untuk hadir dan menerokai sendiri keunikan Proton e.MAS 7 di Pantai Bharu Autohaus Anggun Rawang, serta merasai pengalaman baharu dalam dunia automotif bersama PRO-NET dan Pantai Bharu Autohaus.

 

More news & articles

Card image cap
PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) KONVOI “PANTAI BHARU & YOU”
February 1, 2025
Card image cap
MAJLIS PERASMIAN RASMI PROTON EMAS ANGGUN RAWANG
February 17, 2025