PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) KONVOI “PANTAI BHARU & YOU” | Pantai Bharu

News & Articles

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) KONVOI “PANTAI BHARU & YOU”

February 1, 2025

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)
KONVOI “PANTAI BHARU & YOU” BANTU MEMERIAHKAN
PANTAI REDANG, SEKINCHAN

Konvoi yang bermula dari jam 8.00 pagi memulakan perjalanan daripada Rawang dan Klang secara serentak dan berkumpul di Galeri Padi Sekinchan sebagai permulaan aktiviti pada hari itu. Sejurus selepas lawatan di Galeri Padi, peserta kemudian meneruskan perjalanan ke Pantai Redang di mana perasmian program diadakan dan dirasmikan oleh Cik Rabitah Dato’ Shamshudin, Pengarah Urusan Kumpulan Pantai Bharu disaksikan oleh wakil dari Majlis Daerah Sabar Bernam dan Inspektor Azmil dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam.

Program CSR tersebut merangkumi ceramah anti-scam dari pihak Ibu Pejabat Polis Sabar Bernam, aktiviti sukaneka dan kerja pembersihan kawasan Pantai Redang, dan telah mendapat perhatian pengunjung yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum. Selain itu, PROTON Pantai Bharu Klang dan Rawang telah memperkenalkan semua model PROTON termasuk model terbaru e.Mas7 yang menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya.

Melalui aktiviti seperti ini dapat mewujudkan kesedaran tentang kepentingan pembersihan dan pengindahan kawasan sekitar terutamanya Kawasan Pantai setempat serta membantu memberi nilai tambah kepada penjanaan ekonomi penjaja setempat. Komuniti Pantai Bharu juga merasai sense of belongings terhadap keindahan khazanah alam yang ada supaya pantai itu sentiasa terjaga dan bersih sebagai destinasi riadah keluarga bagi masyarakat setempat.

 

 

 

More news & articles

Card image cap
PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) KONVOI “PANTAI BHARU & YOU”
February 1, 2025
Card image cap
MAJLIS PERASMIAN RASMI PROTON EMAS ANGGUN RAWANG
February 17, 2025